Sunday 24 June 2012






Ini adalah ungkapan yang aku nak kongsi ngan korang , yang agak mendalam
jugak maksudnya...
hayatilah...


Belajarlah dari kesilapan orang lain,
Kerana
Engkau tidak dapat hidup cukup lama untuk mendapatkan
Semua itu dari dirimu sendiri..







Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah.



 


Erti sabar itu ialah menerima macam-macam cubaan ,
Tapi tidak mengalah kepada kemungkaran atau kejahatan. 

Thursday 21 June 2012

ros merah

















Ros ini ros asli
Merah pekat pemikat hati
Kalau terpandang dek si gadis sunti
Hati terpaut ingin memiliki...

Warna terang pencetus formula
Langkah mencari pautan yang empunya
Ingin sekali dipetik kuntumannya
dicoret lantas memori tercipta...




Jauh


 


Begitu jauh…
Perjalanan aku dalam dunia pelajar
Langkah pertama membawa aku dalam kehidupan planner …
Bersama kawan-kawan aku tempuhi hari…
Membilang masa yang kian berlalu..
Tetapi
Terlalu perlahan…

Jauh …
Begitu jauh
Puncak kejayaan aku …
Pasti lama lagi aku akan disini , belajar berdikari
Berputar masa aku menyendiri sendiri, sebagai pelajar mentah
Kuat dan tabahnya hati aku
Aku padukan
Pacakkan bendera kekuatan
Aku harus… 

Yaa… aku ada
Aku masih ada  bersama kawan-kawanku
Bukan lagi  bersendiri
Tapi bersama-sama berjuang
Menggenggam erat menyarung jersi untuk ke garisan penamat
Berjuang hingga langkah aku akan aku tamatkan
Dengan kejayaan
Aku sebagai seorang planner…