Thursday 31 October 2013

just simple word but complete the meaning inside




Imagination is more important than knowledge

- Einstein -

Some stories don’t have a clear beginning, middle, and ends life is about not knowing, having to charge, taking the moment and making the best of it, without knowing what is going to happen next. Delicious ambiguity
-  Gilda radner -

Just be who you are no more, no last.
You must give birth to your image. They are the future waiting to be born.
- Rainer marie rilke -

Slow down and enjoy life, it’s not only the scenery you miss, by going too fast- you also miss the scene of where you are going.
“you know you’re in love when you can’t fall asleep because reality is finally better than your dreams.”
- Dr. sells - 



i really appreciate for those thinker who can choose the best word until created a really meaning poets even the simple one. special dedicate to the young one.  

taken from the very precious dreamer as a guide for better life. 
:P



Tuesday 3 September 2013

jajaran kehijauan



 Sisipan rambut aku kini mulai terasa janggal, 
entah bila dada terasa sebak, sesak
Jendela pagi yang menutupi percikkan keanggunan suria, punah
Bahangnya Udara khatulistiwa, terasa
Dek kerakusan manusia. 
Aku gelarnya durjana
Rakus menarah bumi, 
mengelola hutan, menjajah isi bumi.
Apatah lagi menguasai, 



jangan sampai engkau sudah terlalu alpa tanpa siapa-siapa yang sanggup menjerat halobamu, 
memimpinmu tinggal dari dasar rakusmu,
Bukan kerna apa, aku takut kau terlalu alpa,
Tanpa siapa-siapa..
Jiwa penenang jelas gelisah, 
mata merahnya menahan amarah, 
jangan sampai terjadi kejadian berdarah
Darah yang mengalir bukan untuk membuktikan kekuasaan, tetapi milikkan
Hutan dijadi lapangan, 
bukau landai disapu mesin hentakkan

Punah, 
lambaian hijau lalang.







Sometimes, we don’t read the past to feel regret
It’s kind of refreshing back the great things already happen
It’s not the matter to turning back the time or redeem all that wrong,
Not either to pursue stand highly , or walk much independency,
Just to remind,
It’s my past, already past.
I’m never even try to varnish that from my memory till last
Bad or sad, happy or clumsy, messy or mercy
Just that memory
Build me up here now,
Guess what, I’m now do much better than the last time I did,
Whether in life, family, friend or myself
Not because I’m now have a high education or powerful, but
I’m just keep looking my past.
No regret, no upset
I have all that memory with me,

that tied mighty..





Tuesday 25 June 2013

FRIENDS FOREVER




Ice is cream,
love is a dream,
but our friendship is evergreen.

don't make friends before understanding,
and
don't break a friendship after missunderstanding...




I'm so very glad 
that i have a friend like you
super glad that you're always 
there for me



you came into my life as an unwelcome face,
not ever knowing our friendship, i would one day embrace.

as i wonder through my thought and memories of you,
it brings many big smiles and laugher so true.

our friendship means the absolute world to me,
i only hope this is something i can make you see.

remember, your secret are forever safe within me,
i will keep them under the tightest lock and key.

always remember... if you're ever in need,
i will try to be, the best friend i can possibly be.

thank you for trusting me right from the start.
you truly have got a wonderful heart..


- thank you to all of my friends for keep your hands together with me. that the only word i can put for grant your honestly friendship and i wish all 
of you guys keep healthy and success wherever you are standing in this world . thank you again for being my friends.. :)

special dedicated to hidayah shahul hamid, dayah z, diana arina, pu3,  busyra , amirah , zaharah , pye, hazrin , syarifah norfaizah, nisa amani and to all my beloved friends. - 



uNTiL wE MEeT AGaIN





To my beautiful mother,
do you remember how i used to say,
"You're the most beautiful Mommy?
when i grow up, i want to be like you--perfectly lovely."

i sure do! i still feel the same way and it reminds me :
with you as my mother, i will never ever be ugly.
Because a part of your beauty I adore will always be in me.




Those special memories of you
will always bring a smile
if only i could have you back
for just a little while
Then we could sit and talk again
just like we used to do
you always meant so very much
and always will do too
The fact that you're no longer here
will always cause me pain
but you're forever in my heart
until we meet again...



This beautiful word truly from my heart, to my beloved mother. 
The late Fatimah binti Mat Saman. 



Monday 24 June 2013

woman capabilities ... !!!






A strong woman won't let anyone 
get the best of her. 
A woman of strength gives the best of
herself to everyone. 
No matter how many rocks,
she has stumbled upon her
"FAITH AND STRENGTH"
remains intact. 




A strong woman
is one who feels deeply
and loves fiercely.
Her tears flow as
abundantly as her laughter

A strong woman
is both soft and powerful.
She is both practical and
spiritual.

A strong woman
is in essence a gift
to all the world.



- copied from the wonderful minder -

Friday 8 March 2013

senyum sampai ke pipi


Berikut adalah rahsia disebalik senyuman :


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.



2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.



3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.



5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.





6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.





13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.




PERKONGSIAN ILMU.... :)

yang dah baca tu jgn pulak lupa nak amalkan... 
dan rajin2 bersedekah dengan senyuman korang yang manis tu ... bukan nampak riang je tapi jugak mencergaskan otak kita yang letih tu... 
klu dah bace tu like skali ehhhh.... hehe... 
  -salam-



Thursday 7 March 2013

MUCH BETTER THAN BEFORE...



When i'm gazing at the flowers..I just enjoy looking at the beautiful flowers. I'm not curious  about where that flower came from. 



  Being different is not a bad things  

If we didn't have our memories, then u can't be together even in your heart. As long as you have your memory, u can be together always..



What's wrong with falling down? You can always stand up again.


If you look up at the sky after falling down, the blue sky is also today stretching limitlessly and smiles at me... I'm alive..




People shouldn't dwell on the past. Its enough to try your best in all that you're doing now. 


TRY TO READ, TO KEEP, AND TO DEEP IT....
THEN U CAN FEEL IT.. :)


Wednesday 6 March 2013

KERJA DAN BEKERJA



Perrrrhhhhh….
Berbelit otak aku berpikir, final study pnya hal la ni… 
bukan banyak page pon.. tapi mengalahkan studio…
Ni baru diploma, kalu yang atas lagi x tau la aku… botak jugak la aku nak dapatkan segulung ijazah ni.. 
nasib baiklahh ada kengkawan time susah n senang. .. Sama2 memikirkan hal yang sama… pening sama2, pengsan pon sama2… :)


Ni kira luahan rasa bengang (sikit la) kat final study ni… tp kna set kat mind jgak  yang “jangan give up”… so truskan jugak apa yang aku dah mulakan.. ni alasan mengelakkan dr kna “repeat”… (aarrrggg, tkut 2… jgan ehh)… so truskan buat kerja terbengkalai… 
mcm assignment housing plak (housing backlog)… hehe… :P





I wonder
By Jeannie Kirby


I wonder why the grass is green
And why the wind is never seen?

Who taught the birds to build a nest,
And told the trees to take a rest?

O, when the moon is not quite around,
Where can the missing bit be found?,

Who lights the stars, when they blow out,
And makes the lightning flash about?

Who paints the rainbow in the sky,
And hangs the fluffy clouds so high?

Why is it now, do you suppose ,
That dad won’t tell me , if he knows?



sebab dah lama x update blog ni...
ni lah sedikit perkongsian
cuma sekadar tatapan mata dan minda ... :P 




Tuesday 18 September 2012

KISAH NEIL AMSTRONG DENGAR LAUNGAN AZAN SEWAKTU JEJAK KAKI KE BULAN


Ini adalah sedikit perkongsian tentang kebesaran Allah , sebagai tatapan handai.. :)

 


           Neil Armstrong dikatakan adalah orang yang pertama mendarat di bulan. Neil pergi ke bulan menggunakan pesawat angkasa USA bernama Apollo, bersama rakannya Buzz Aldrin. Pergi ke bulan merupakan perkara yang amat menakjubkan bagi Neil. Panorama dan pengalaman tersebut tidak akan pernah luput di dalam pemikiran Niel.

          30 Tahun telah berlalu, ketika itu Neil mengambil keputusan untuk bercuti. Dia banyak menghabiskan masa cutinya di Mesir dan ini merupakan kali pertama beliau mengunjungi Kairo. Ini merupakan pengalaman baru Neil mengunjungi dunia Islam dalam rangka lawatannya mencari hiburan dan menenangkan fikiran setelah penat menghabiskan masanya untuk bekerja.

          Apa yang berlaku di Mesir, Niel bersama rakan-rakannya yang lain sampai ke sebuah hotel yang terletak di tengah Kota Kairo. Setelah mengurus pendaftaran untuk menginap di hotel tersebut, dengan perlahan dia menuju ke bilik hotelnya untuk berehat setelah penat menempuh perjalanan yang jauh dari Amerika menuju ke Kairo. Ketika Niel berbaring di tempat tidurnya, tiba-tiba terdengar seruan Azan.

Allahuakbar... Allahhhuakbar..

         Ketika Niel mendengar seruan tersebut, dia teringat sesuatu bahawa dia pernah mendengar seruan ini. Niel cuba meneliti kembali di manakah dia mendengar seruan ini. Niel cuba mengingat kembali apa yang dilaluinya sebelum ini tetapi dia tetap tidak mampu untuk mendapat jawapannya. Kemudian dia duduk, berdiri dan berjalan mundar mandir sambil mengambil makanan ringan sebelum turun ke tingkat bawah untuk makan malam.

         Ketika Niel sedang menjamu selera sambil berborak dengan rakan-rakan selawatannya dia sekali lagi terdengar kumandang azan dari salah satu menara masjid yang berdekatan dengan hotel tersebut. Dia terdiam sejenak dan cuba mengingati kembali dimanakah dia pernah mendengar seruan ini. Dia cuba menghayati kalimat azan.

Dia kemudian memanggil pelayan restoran dan bertanya dengannya "Adakah kamu boleh berbahasa Inglish?" Si pelayan menjawab : "Ya boleh sedikit-sedikit" Niel tersenyum & berkata : "Seruan apa yang kedengaran sebentar tadi?" Pelayan itu kemudian menjawab : "Maaf saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh tuan" Neil kemudian menyebut : "Allahu akbar.. Allahu Akhbar" Pelayan itu kemudian berkata : "Itu panggilan untuk bersolat, panggilan kepada seluruh kaum muslimin untuk pergi ke masjid untuk melaksanakan solat dan ianya berlaku 5 kali sehari"

           Niel pun mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut atas penjelasannya dan kemudia dia menyambung makan malamnya sambil duduk diam tanpa berkata apa-apa. Tiba-tiba dia bangkit dan meninggalkan rakan-rakannya lalu naik menuju ke kamarnya sambil duduk berfikir. "Aku pasti mendengar salah satu filem yang pernah aku tonton" sejenak dia berfikir "ataupun mungkin di tempat lain?"

"Ah tidak, bukan filem!!..  aku mendengar dengan telinga ku sendiri yang bergema di udara, tetapi di mana?" dia mengelamun memikirkan seruan tersebut sehingga ketiduran. Ketika fajar menjelma, Neil terbangun dan sekali lagi dia mendengar seruan azan.

Allahu akhbar... Allahhuakbar...

            Dia pun segera bangkit, duduk di tepi beranda dan cuma mengamati seruan azan tersebut. Neil teringat kembali apa yang berlaku 30 tahun lalu yang merupakan tempoh gemilang dalam hidupnya. Ketika itu dia merupakan salah satu astronot kapal angkasa USA yang juga merupakan kapal angkasa USA yang mampu mendarat ke bulan. Tiba-tiba dia sedar... "Ya.. di sanalah aku mendengar seruan ini untuk pertama kalinya dalam hidupku".

            Kemudian dia berseru dalam bahasa Inglish tanpa sedar, "Wahai tuhan yang maha suci, ya tuhan, benar aku ingat bahawa di sanalah iaitu di permukaan bulan buat kali pertama aku mendengar seruan tersebut dan kini aku mendengarnya di Kairo iaitu di bumi"

           Dalam hatinya berharap untuk mendengar seruan itu lagi. Dia mengelamun sehingga pagi dengan harapan dia dapat mendengar seruan itu lagi. Tetapi seruan yang ditunggu tidak kunjung tiba.

           Akhirnya dia bangkit dari tempat tidurnya dan bersiap untuk sarapan pagi. Dia kemudian terus keluar bersama rakan-rakanya manakala seluruh panca inderanya begitu sensitif untuk mendengar seruan itu lagi. Dia ingin meyakinkan dirinya dan memberitahu rakan-rakannya yang lain mengenai apa yang dialaminya.

            Rombongan kemudian melawat di sebuah muzium Fir'aun dan pada ketika itu dia mendengar lagi laungan azan yang mengalun merdu dengan irama yang indah dari sebuah pembesar suara yang boleh di dengar seluruh pelawat di mezium. Neil kemudian meninggalkan rombongannya dan berjalan menuju ke arah seruan itu sambil mengamatinya. Dia kemudian memanggil rakannya "apakah awak dengar apa yang saya dengar" "Ya" jawab mereka. "Tahukah anda semua di mana aku pernah mendengar seruan ini sebelum ini? Aku mendengarnya di permukaan bulan pada tahun 1969."

          Rakanya kemudian memanggil Neil "Mr. Armstrong, mari kita ke sana untuk berbicara sebentar". Kemudian mereka berdua pergi ke salah satu sudut dan mulai berbincang mengenai perasaan anehnya.

           Tidak lama kemudian.. Neil meninggalkan rombongan dan mengambil teksi dan terus pulang ke hotel, diwajahnya kelihatan kemarahan dan emosi yang berkecamuk. "Bagaimana mungkin dia berkata bahawa aku mengada-ngada dan mereka-reka cerita serta aku telah gila." fikirnya.

           Neil berdiri di biliknya selama dua jam sambil dan kemudian baring sambil menunggu seruan itu berkumandang semula... Pada ketika itu seruan azan bergema..

Allahu Akhbar.. Alllahhhuakhbar...

          Neil bangkit dan berdiri di jendela untuk mengamati azan itu semula. Kemudian dia berkata, "Tidak, aku belum gila, aku tidak gila, aku bersumpah demi tuhan bahawa inilah yang aku dengar di permukaan bulan." Neil turun lambat untuk menikmati hidangan kerana tidak mahu bersua muka dengan rakannya. Perkara ini berlangsung sehingga hari terakhir tempoh lawatan tersebut. Kesemua rombongan balik semula ke Amerika.

          Di Amerika, Neil berusaha mendalami ilmu agama Islam, pada ketika itu dia mulai tertarik dengan Islam. Akhirnya, beberapa bulan kemudian, dia mengumumkan dia masuk Islam secara rasmi dan pada masa yang sama dalam wawancara dia menyatakan dia masuk islam kerana dia telah mendengar azan dengan telinganya sendiri di permukaan bulan.

Asyahadua an laaa ilaaha illallahhhhh Wa Asyhadu anna muhammadar Rasullallahhhh..

        Tidak lama kemudia, dia menerima sepucuk surat dari NASA, surat itu merupakan surat pemecatannya dari NASA. Sebab dan musabab dia dipecat tidak dapat diterangkan disini kerana tidak saya tidak jelas mengenainya.

Neil Armstrong berseru dalam sebuah majalah. "Memang aku kehilangan pekerjaanku, tetapi aku menemukan Allah"wallahualam..Sumber asal